Thursday, August 13, 2009

KEHILANGAN

Assalamualaikum semua,

Terpanggil saya untuk menulis (atau lebih tepat menaip) entry kali ni bila mendapat berita kematian Ustaz Asri (Rabbani) tengahhari semalam. Memang mengejutkan!! Saya tak kenal atau lebih tepat tidak pernah berjumpa dengan beliau cuma meminati beliau dari jauh..

Setiap kali mendengar kes kematian mengejut ni, selalu buat saya teringat dan perasaan takut 6 tahun lalu muncul semula.. Apa terjadi 6 tahun lalu? 6 tahun lalu, arwah ayah saya pergi meninggal kami sekeluarga dalam keadaan yang saya rasa sangat pantas. Apa tidaknya, masa tu saya sedang bersedia menghadapi peperiksaan akhir di tahun 3 (pada tahun 2003). Mak menelefon pada Jumaat malam dan beritahu saya yang ayah sakit dan kalau ada masa baliklah... 'Sakit..? tapi baru sekejab bercakap dengan ayah dan dia masih boleh gelak-gelak lagi.. Biar betul..?' Itu cuma apa yang ada dalam kepala jer, yang keluar cuma ungkapan "Ya, adik ambik tiket sekarang!". Tak kisahlah final exam akan datang dalam 2 hari lagi, dalam kepala masih berserabut dengan berita yang baru diterima..

Sepanjang dalam perjalanan, entah kenapa air mata tak henti-henti mengalir.. Macam terasa sesuatu tetapi entah tak tahu.. itu yang saya rasa masa itu... Sampai di stesen bas Seremban, abang telah sedia menunggu. Sampai di rumah jam 5.30 pagi, terus berluru mendapatkan ayah.. Masa itu , ayah masih boleh senyum walau pun kelihatan dia sangat susah bernafas. Saya pergi mendapatkan dia, bersembang.. Saya picit-picit dia, dan tiba-tiba dia tarik tangan saya dan diramas-ramasnya.. Masa tu saya dah rasa semacam.. tapi hati masih berkata, "Jangan fikir bukan-bukan".. Saya minta izin untuk mandi dan solat. Selepas solat subuh, saya buatkan air Yasin untuk ayah dan beri dia minum,. Tak lama lepas tu, lebih kurang jam 7.00 pagi, tiba-tiba ayah kata kakinya kebas. dia suruh saya picit.. Saya ikutkan aja kehendaknya.. Tidak lama selepas tu, dia cakap; "Picit kuat sikit, tak rasa apa-apa dah ni", sambil dia ketuk-ketuk kaki dia dengan kuat. Masa ni, air mata dah meluncur laju dah.. Tidak lama lepas itu, kekebasan kaki arwah ayah sudah sampai ke paha.. Keadaan di rumah mula panik.. Kami (saya, mak dan kakak) sudah mula menangis teresak-esak.. Beberapa minit kemudian ayah pun rebah.. rebah di atas tangan saya. Saya pun ajarkan ayah mengucap dan tak lama selepas itu ayah pun pergi meninggalkan kami.. Sepantas itu..

Arwah ayah sedar hingga saat terakhir nyawanya di ambil.. Dia meninggalkan kami semasa saya berusia 22 tahun dan selepas itu, bermulalah cabaran hidup yang sebenar (sangat panjang kalu ingin diceritakan). Hari ini, selepas 6 tahun, segalanya masih jelas. Bila dipejamkan mata, semua yang diceritakan diatas, satu persatu akan muncul dalam ingatan.. Selepas itu juga, setiap kali ada kematian mengejut, perasaan fobia itu muncul.. Mahu tak fobia, pemergian arwah ayah yang sangat mengejut menyebabkan kami sekeluarga memakan masa bertahun untuk menerimanya. Dan setiap kali mendengar atau mendapat berita kematian mengejut, membuatkan saya berasa seperti berada dalam keadaan 6 tahun lalu.

Itu semua ketentuan hidup. Yang hidup pasti akan mati tetapi yang hidup juga amat berat sebenarnya menerima kehilangan orang yang tersayang. Memang betullah, dengan mendekatkan diri kepada Pencipta sahaja yang mampu mengurangkan rasa sedih dan pedih yang dialami. Kepada sesiapa yang baru kehilangan orang yang sangat-sangat disayangi, berdoa dan beramallah agar yang disana juga dapat merasa nikmatnya...

P/S: Terasa nak menggunakan bahasa ibunda pulak utk entry kali ni.. Bab-bab emosi ni kalo di'inggeris'kan takut kesannya tak sampai.. huhu, yo yo oo jer..

2 comments:

  1. cik yan..sorry for your experience..
    abah aku baru meninggal last week on thursday..rase mcm tak percaya je..sbb 2-3 hari seblum tu kitorg gelak2,g jln2 kt jusco,n suddenly some one called me and said ur dad might have been passed away..n it was true..abah aku da takder by the time aku smp umah...

    ReplyDelete
  2. Jemy..

    Takziah sekali lagi.. Ooo, meninggal mengejut jugak ek.. Memmang susahkan bila nk terima.. Rasa baru je ckp2, sembang2 dan bergurau, tetiba jer tak der.. Sabar byk2 ek Jemy..

    ReplyDelete