Assalamualaikum semua,
Terpanggil untuk berkongsi setelah sekian lama tak meng'update'. Semalam, sewaktu pulang dari tempat kerja, hati terasa hendak mendengar radio (selalunya cd maher zain yg jd halwa telinga). Bila buka IKIM fm, terdengar suara seorang perempuan cina sedang bercerita. Saya cuba memahami butir perkara yg diceritakan. Rupa-rupanya, perempuan tersebut sedang berkongsi tentang perasaan penghambaan diri pd Allah yang Esa.
Mengapa saya terpanggil untuk bercerita.??? Apa yang terlalu istimewa bagi seorang perempuan mualaf berkongsi pengalaman memeluk Islam?? Apa hebatnya mereka yang baru mengenali Islam berbanding kita yang memang dilahirkan dalam Islam?? Memang banyak kelainannya.
Antara intipati yang dikongsikan adalah seperti berikut;
1) Kata beliau,"Di dalam diri kita, tiada satu pun yang kita miliki; hati, perasaan, jiwa, jasad dan roh semua milik Allah." - tiba-tiba saya terfikir, memang kita tiada kuasa langsung sebenarnya, walaupun apa yang kita belajar di sekolah otaklah yang mengawal segalanya. Kita sebenarnya tak mampu mengawal perasaan dan hati. Contohnya, kita ternampak seorang perempuan yang berpakaian menjolok mata, terus hati kita berkata-kata dan menghukumi perempuan tersebut walaupun kita tahu hanya ALLAH yang boleh MENILAI. Mana tahu, satu hari nanti perempuan tersebut akn di beri hidayah dan ditempatkan di syurga. Kita..?? Mungkin juga kita tak mahu berkata-kata tentang sesuatu hal, hati tetap juga berkata-kata. Ini kerana hanya Allah yg memiliki hati kita. Beliau menambah lagi, "Cuma ada satu sahaja, yang sememangnya milik kita dan kita bertanggungjawab kepadanya. Apakah itu?? Ianya adalah DOSA kita." Sangat benar, Astagfirullah...
2) Wanita mualaf itu juga bercakap tentang nikmat penghambaan diri pada Allah.. Ramai dr kita sentiasa mengungkapkan perkataan "kita hamba Allah" tapi berapa ramai yang faham akan maksudnya?? Apakah yang dilakukan oleh seorang hamba kepada tuanNYA? Segala nikmat telah diberikan kepada kita; nikmat rezeki, nikmat kesihatan; nikmat anak; nikmat kesenangan; tapi berapa ramai di antara kita yang bersyukur?? Menitis air mata saya bila mendengar beliau berkata, " Allah telah berikan saya segalanya.. Ya, saya solat; saya puasa; saya menunaikan zakat dan mengerjakan haji; Semua itu untuk siapa?? Solat, puasa, zakat dan haji semuanya untuk diri kita..Apa yang kita beri untuk Allah?? Apa yang boleh kita berikan untuk Allah adalah NIAT kita yang ikhlas untuk MENCINTAI Allah lebih dari segala-galanya agar kita mendapat keredaan ALLAH." Sebak saya.. Saya sebak kerana nikmat hidayah Allah pd wanita itu sangat besar. Saya sebak kerana saya terasa diri ini sangat jahil, kerdil dan hina disisi Allah. Benar saya dilahirkan dalam Islam, dibesarkan dalam persekitaran Islam, tapi adakah penghayatan Islam saya sebaik wanita tersebut?? Jauh sekali untuk menjawab pertanyaan, apakah yang telah saya lakukan untuk agama?? Sungguh, saya terasa hina dan kerdil. Timbul perasaan, sangat sedikit saya bersyukur dengan segala nikmat Allah yang melimpah ruah kepada saya dan keluarga.
Saya sangat berharap agar, kasih sayang dan rahmat Allah sentiasa bersama kita. Kerana tanpa rahmat Allah, tak mampu saya bayangkan betapa sukarnya kehidupan yang kita akan lalui. Saya berdoa agar Allah memberi petunjuk dan tetapkan hati kita ke jalan yang lurus. Dan tidak pula DIA memesongkan hati kita setelah diberikan kita nikmat petunjukNYA. Amin ya rabbal alamin.
(pic credit to google)
yan, so true...i cried..subhanallah..
ReplyDelete